<fmt:message key='jsp.layout.header-default.alt'/>  
 

DSpace@UM >
Faculty of Computer Science and Information Technology >
Masters Dissertations: Computer Science >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/1812/130

Title: K-KUIZ : SISTEM KUIZ KOLABORATIF
Authors: Shamsul, Saniron
Keywords: Sokongan komputer kepada pembelajaran kolaboratif (Computer Supported Collaboratif Learning (CSCL))
Issue Date: Dec-2007
Abstract: Sokongan komputer kepada pembelajaran kolaboratif (Computer Supported Collaboratif Learning (CSCL)) menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai salah satu media terhadap persekitaran kaedah pembelajaran secara kolaboratif. Tesis ini menfokuskan kepada rekabentuk dan pembangunan prototaip sistem kuiz kolaboratif berasaskan web bagi Institut Pendidikan Guru (IPG). Kajian kesusasteran dilaksanakan terhadap empat topik utama iaitu kuiz kolaboratif, pembelajaran kolaboratif, pelaksanaan kuiz kolaboratif di tiga buah universiti di luar negara dan di IPG dan aplikasi CSCL. Jadual perbandingan pelaksanaan kuiz kolaboratif dan jadual komponen & aktiviti kuiz kolaboratif yang dihasilkan menjadi asas bagi sesi percambahan fikiran dalam merangka model proses pelaksanaan sistem K-Kuiz. Model proses pelaksanaan ini menunjukkan aliran aktiviti dan komponen-komponen utama yang terlibat. Menerusi model proses tersebut prototaip K-Kuiz yang berasaskan web direkabentuk dan dibangunkan. Teknik Object Oriented Analysis digunakan dalam mengenalpasti keperluan sistem dengan lebih terperinci dengan cara mengaplikasikan UML (Unified Modeling Language). Pembangunan prototaip k-kuiz menggunakan metodologi pembangunan Iterative and Incremental. Penilaian dilaksanakan terhadap keberkesanan K-Kuiz menerusi ujian pilot terhadap 20 orang guru pelatih dan 3 orang pensyarah di IPG. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah dan guru pelatih secara umumnya mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan sistem K-Kuiz dalam pengajaran dan pembelajaran.
Description: Ijazah Sarjana Kejuruteraan Perisian
URI: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/130
Appears in Collections:Masters Dissertations: Computer Science

Files in This Item:

File Description SizeFormat
Shamsul Saniron.pdf3.47 MBAdobe PDFView/Open


This item is protected by original copyright



Your Tags:

 

  © Copyright 2008 DSpace Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya . All Rights Reserved.
DSpace@UM is powered by MIT - Hawlett-Packard. More information and software credits. Feedback