<fmt:message key='jsp.layout.header-default.alt'/>  
 

DSpace@UM >
Faculty of Computer Science and Information Technology >
Masters Dissertations: Computer Science >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/1812/141

Title: KEPERLUAN MAKLUMAT WARTAWAN : BAGAIMANA WARTAWAN MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN
Authors: Mohd Azlee, Abd Aziz
Keywords: Perpustakaan
Issue Date: 2002
Abstract: Wartawan memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber di antaranya melalui perpustakaan. Kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengenalpasti bagaimana wartawan menggunakan perpustakaan bagi memenuhi keperluan maklumat mereka. Penyelidikan ini telah dijalankan di syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, iaitu syarikat akhbar yang terbesar dan tertua di Malaysia. Sebanyak 375 borang soalselidik telah diedarkan kepada wartawan di mana sebanyak 210 borang soalselidik (56%) dikembalikan. Di antara penemuan yang diperolehi daripada penyelidikan ini ialah, didapati wartawan menggunakan perpustakaan atas pelbagai tujuan, di mana mendapatkan gambar foto menjadi tujuan utama mereka ke perpustakaan. Bagi kategori sumber bacaan, penyelidikan ini mendapati akhbar bertarikh belakang, keratan akhbar dan akhbar menjadi sumber maklumat yang paling kerap digunakan oleh wartawan. Kajian ini juga mendapati wartawan menghabiskan masa yang sedikit sahaja di perpustakaan tetapi kekerapan kunjungan ke perpustakaan adalah tinggi. Mereka juga didapati lebih menggunakan khidmat kakitangan perpustakaan bagi mendapatkan maklumat kerana mereka kurang mengetahui cara mendapatkan sendiri maklumat yang diperlukan. Kajian ini juga menyediakan ruang kepada wartawan bagi memberikan komen dan cadangan bagi memajukan lagi perpustakaan di syarikat tersebut.
URI: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/141
Appears in Collections:Masters Dissertations: Computer Science

Files in This Item:

File Description SizeFormat
azlee1.pdfMukasurat Judul7.5 kBAdobe PDFView/Open
azlee2.pdfPenghargaan & Abstrak28.14 kBAdobe PDFView/Open
azlee3.pdfBab 196.7 kBAdobe PDFView/Open
azlee4.pdfBab 275.67 kBAdobe PDFView/Open
AzleeBab+3.pdfBab 332.4 kBAdobe PDFView/Open
AzleeANALIST.pdfBab 4 Bahagian 1141.58 kBAdobe PDFView/Open
AzleeRUMUS.pdfBab 521.5 kBAdobe PDFView/Open
AzleeBIBLIOGRAFI.pdfRujukan32.2 kBAdobe PDFView/Open
Azleebincang.pdfBab 4 Bahagian 267.18 kBAdobe PDFView/Open


This item is protected by original copyright



Your Tags:

 

  © Copyright 2008 DSpace Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya . All Rights Reserved.
DSpace@UM is powered by MIT - Hawlett-Packard. More information and software credits. Feedback