|
DSpace@UM >
Faculty of Computer Science and Information Technology >
Masters Dissertations: Library & Information Science >
Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/1812/188
|
|
| Title: | Kajian keberkesanan penggunaan Portal Perpustakaan UMLib di kalangan pelajar-pelajar Fakulti Sains, Universiti Malaya |
| Authors: | Halimah Abas |
| Keywords: | Information behaviour Library usage Library web portals Information skills |
| Issue Date: | 2007 |
| Abstract: | Kajian yang dijalankan adalah untuk mengetahui Keberkesananan penggunaan
Portal Perpustakaan Universiti Malaya (UMLib) di kalangan pelajar-pelajar
Fakulti Sains, Universiti Malaya. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti
sama ada UMLib bertindak sebagai pembekal maklumat dan alat rujukan dalam
membantu pencarian maklumat dan mengenalpasti kemahiran pelajar-pelajar
dalam menavigasi dan mengoptimumkan kemudahan yang terdapat pada portal
UMLib, adakah kemudahan atau ciri-ciri yang terdapat pada portal UMLib memberi maklumat kepada pelajar dan masalah-masalah yang dihadapi semasa menggunakan kemudahan portal. Penyelidikan ini juga ingin melihat perbezaan yang signifikan antara kekerapan penggunaan portal dengan tahun pengajian.
Kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan ialah tinjauan dan instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang diedarkan kepada seramai 200 orang responden. Pelajar yang dipilih sebagai sampel terdiri daripada pelajar Fakulti Sains yang merentasi pelbagai tahun pengajian dan pengkhususan
bidang. Pemulangan borang soal selidik tersebut adalah 100%. Data yang
dikumpul dianalisa secara diskriptif. Hasil yang diperolehi daripada soal selidik
menunjukkan portal UMLib bertindak sebagai pembekal maklumat seterusnya sumber rujukan dalam strategi pencarian maklumat dan majoriti yang menggunakannya adalah pelajar-pelajar Tahun Dua. Kemahiran yang digunakan oleh pelajar-pelajar adalah melalui teknik Basic Searching kerana ia mudah difahami dan memberi hasil carian yang lebih
banyak. Antara kemudahan yang digunakan oleh pelajar-pelajar ialah perkhidmatan pengkalan data dalam talian, pendeta WebPac dan Jurnal
elektronik kerana informasi yang dibekalkan berbentuk ilmiah. Antara masalahmasalah
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar semasa menggunakan portal UMLib ialah tidak semua maklumat rujukan adalah teks penuh dan mereka perlu ‘login’ semula untuk mencapai sumber tersebut. Selain itu, mereka tidak mengetahui teknik carian yang betul untuk mengoptimumkan perolehan dan ketepatan
maklumat. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perhubungan signifikan
negatif antara portal UMLib sebagai sumber rujukan dengan tahun pengajian. |
| Description: | Masters of Library and Information Science |
| URI: | http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/188 |
| Appears in Collections: | Masters Dissertations: Library & Information Science
|
This item is protected by original copyright
|
|