|
DSpace@UM >
Faculty of Computer Science and Information Technology >
Masters Dissertations: Computer Science >
Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/1812/249
|
|
| Title: | PEMBINAAN PERISIAN PEMERIKSAAN DAN PEMANTAUAN KERJA-KERJA PENYENGGARAAN BANGUNAN |
| Authors: | Ahmad, Mohd Al-Hafiz |
| Keywords: | Building Inspection and Monitoring System (BUILDIMS) |
| Issue Date: | Dec-2008 |
| Abstract: | Building Inspection and Monitoring System (BUILDIMS) dibangunkan dengan
menggunakan teknologi web untuk membantu dalam urusan pemeriksaan dan pemantauan
kerja-kerja penyenggaraan berintegrasi bagi menghasilkan penyenggaraan yang berkesan.
Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan sistem yang mampu menyimpan maklumat
pemeriksaan bangunan yang lengkap dan mudah diperolehi melalui pelaksanaan
penyenggaraan yang terancang untuk mengurangkan aduan kerosakan oleh pengguna,
meningkatkan prestasi bangunan dengan tindakan penyenggaraan pro-aktif yang dapat
menjimatkan masa kerja, analisis, komunikasi serta kos. Penyelidikan ini juga dapat
menentukan jenis-jenis maklumat yang diperlukan untuk membuat pemeriksaan bangunan,
menganalisis keadaan bangunan serta membantu para penyenggara untuk membuat
keputusan dengan cepat dan tepat. Metodologi penyelidikan ini menggunakan Model
Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) yang membantu proses-proses pembangunan
perisian. Malah penggunaan Model Prototaip dipilih sebagai pendekatan penyelidikan
yang membantu membangunkan aplikasi BUILDIMS bertujuan untuk memberikan
pendekatan baru yang efisien dalam penyenggaraan bangunan. Kepentingan penyelidikan
ini mampu memberikan impak yang mendalam kepada praktis profesional yang
menjalankan kerja-kerja pemeriksaan bangunan. Penyelidikan ini turut menyumbang
kepada komuniti akademik untuk menerokai ilmu baru dalam menerapkan elemen
teknologi maklumat dalam proses pemeriksaan bangunan. Sememangnya penggunaan
perisian bagi tujuan pemeriksaan bangunan amat diharapkan dalam persekitaran
persaingan global. |
| URI: | http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/249 |
| Appears in Collections: | Masters Dissertations: Computer Science
|
This item is protected by original copyright
|
|