<fmt:message key='jsp.layout.header-default.alt'/>  
 

DSpace@UM >
Faculty of Languages and Linguistics >
Masters Dissertations : Linguistics >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/1812/440

Title: Swear Words Used by Male Indian Undergraduates in Daily Conversation
Authors: Fernandez, Robinson John Joseph
Keywords: Swearing
Male Indian Undergraduates
Issue Date: May-2008
Publisher: Faculty of Languages and Linguistics University of Malaya Kuala Lumpur
Abstract: This study on swearing focuses on all aspects of language (sounds, words and phrases), that may be painful to the ears in our daily lives. Language contains explosive items which should be handled with care and where there is knowledge of it; trouble will be kept at bay. This study deals with the notion that swearing is common in the spoken language of male Indian undergraduates and it is a topic worthy of linguistic study because studies related to it are few. The study investigates the use of swearing (in everyday conversations) by young male Indian undergraduates in the university. Swearing among these undergraduates appears to be used without fear or favour and seems to be part of a code that would help to open doors to popularity. These undergraduates have become acclimatized to the modern trend of using language where swearing has become accepted as easy going, informal and trendy. This study hypothesizes that swearing is essential for communication among the young male Indian undergraduates. It also hypothesizes that their close relationship enables them to be natural about swearing. This study also hopes to provide an insight for society to see that swearing is a topic worthy of linguistic study because it is a neglected area of research. The study will also address the language of swearing in everyday conversation of these young male Indian undergraduates. The significance of this study is to highlight that swearing is a norm among the young male Indian undergraduates as they form groups. They swear because they want to remain popular and have no hesitation in swearing as they seem easy to use, informal and also trendy. Swearing appears to bring about a bond for them without any judgment passed. The study uses conversational analysis as its framework. An analysis of the data recorded reveals that people with power have the license to tell jokes, make fun of subordinates and uses swear words. It also suggests that men appear to use higher percentage of obscene jokes. Swearing also is a question of play rather than to induce fights where there is verbal dueling back and forth between participants. This strategy helps to establish and enhance group cohesion. After reading this study, it is hoped that people will not be harsh in their linguistic judgments of swearing. Swearing is bad because people have decided to regard them as bad. If swearing were all bad, people would have stopped using them, and eventually they would disappear. The persistence of swearing, calls for some kind of explanation. Kajian ini menghuraikan tentang penggunaan ‘bahasa kesat’ yang dianggap kurang sesuai oleh masyarakat diaplikasi dalam pertuturan. Bahasa kesat in merangkumi dari aspek pembentukan sebutan, kata dan frasa. Istilah-istilah yang digunakan oleh pengguna bahasa ini perlulah dihalusi dengan penuh berhemah agar kewujudan penciptaannya tidak meninggalkan sebarang permasalahan atau impak negative kepada masyarakat penggunanya. Kajian ini juga menjurus kepada analogi bahawa penggunaan bahasa kesat dalam kalangan para graduan lelaki India di universiti merupakan eleman pertuturan normal. Fenomena ini tidak merupakan sesuatu yang menunjukkan kejanggalan atau masalah yang boleh menimbulkan ketegangan atau kerenggangan dalam hubungan kemanusiaan. Dalam konteks kajian ini, isu ini merupakan topic yang dianggap bernilai dari segi linguistiknya. Oleh sebab itu, kajian ini akan mengkaji tentang peranan dan pengaruh penggunaan bahasa kesat dalam pertuturan harian graduan lelaki India di unversiti, apabila mereka membentuk kumpulan-kumpulan tersendiri. Graduan-graduan India ini mempunyai keupayaan dan kepakaran menggunakan bahasa kesat ini dengan lancar dan bersahaja. Penggunaan bahasa tersebut merupakan identity sesuatu kumpulan yang ditandai dengan ‘Kod Pembuka Pintu’ bagi mengetengahkan populariti kumpulan mereka. Penggunaan bahasa kesat ini sangat popular diaplikasi dalam pertuturan kerana bahasa ini mudah difahami, menyenangkan, tidak formal dan ianya merupakan satu trend baru dalam masyarakat modern di unversiti. Objektif kajian ini, berdasarkan analogi bahawa bahasa kesat ini merupakan satu elemen penting yang digunakan sebagai wahana komunikasi dalam kalangan graduan-graduan India di unversiti yang merupakan sumber kajian ini. Berdasarkan hubungan tali persaudaraan yang akrab, penggunaan bahasa kesat dalam kalangan mereka tidaklah merupakan suatu kejanggalan. Kajian ini juga berharap dapat memberikan manfaat dan pengamatan kepada semua lapisan masyarakat bahawa bahasa kesat merupakan satu elemen linguistik yang patut dikaji dan bukannya diabaikan. Kajian ini menekankan aspek pertuturan harian yang sering diamalkan oleh para graduan lelaki India di unversiti. Kajian ini juga memaparkan bahawa penggunaan bahasa kesat ini merupakan suatu kebiasaan dan diterima sebagai suatu norma dalam kalangan graduan-graduan India di universiti apabila mereka membentuk kumpulan tersendiri. Menggunakan bahasa kesat juga dianggap sebagai satu kod populariti sesuatu kumpulan, di mana ianya merupakan satu kebiasaan tidak formal dan dijadikan trend yang tidak kekal. Kewujudan fenomena ini berupaya melahirkan suasana pergaulan yang erat tanpa menimbulkan rasa prajudis dan prasangka dalam kalangan mereka. Kajian ini menggunakan Analisis Perbualan, sebagai rangka utama. Berdasarkan datadata yang diperoleh daripada analisis rakaman perbualan, ianya dapat menunjukan bahawa mereka yang dapat menguasai perbualan berupaya bergurau, menyindir rakanrakan dan menggunakan bahasa tersebut dengan baik dalam mewujudkan suasana yang harmonis semasa berinteraksi dalam kumpulan mereka. Kajian ini juga menyatakan tentang penggunaan bahasa kesat ini dalam kalangan graduan lelaki, lazimnya dalam suasana bergurau, mengusik atau menyindir, kebanyakkan suasana pengguanaan bahasa kesat ini dilaksanakan pada tahap yang tinggi bersesuaian dengan para graduan tersebut. Kadang kala ianya mencetuskan ‘perang mulut’. Situasi ini dianggap sebagai suatu wadah untuk membentuk dan mempertingkat keakraban tali persaudaraan. Setelah membaca dan menghalusi kajian ini, diharapkan masyarakat umum tidak memandang serong terhadap pengunaan bahasa kesat, sebaliknya secara bijaksana menggunakan penilaian linguistik untuk membuat sesuatu keputusan. Pengunaan kata-kata kesat pada pandangan mata kasar masyarakat merupakan sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Memandangkan penggunaannya tidak diberhentikan, kajian terliti perlu dilaksanakan bagi memperkaya elemen-elemen kebahasaan dalam konteks linguistik diteruskan oleh generasi pewaris seterusnya.
Description: Submission of Thesis for the Fulfillment of the Degree of Master of Linguistic
URI: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/440
Appears in Collections:Masters Dissertations : Linguistics

Files in This Item:

File Description SizeFormat
Robinson John Joseph Fernandez_Table of Contents.pdfThesis Table of Contents21.12 kBAdobe PDFView/Open
Robinson John Joseph Fernandez_Cover Page.pdfThesis Title272.5 kBAdobe PDFView/Open
Robinson John Joseph Fernandez_Complete Thesis.pdfThesis Contents588.89 kBAdobe PDFView/Open


This item is protected by original copyright



Your Tags:

 

  © Copyright 2008 DSpace Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya . All Rights Reserved.
DSpace@UM is powered by MIT - Hawlett-Packard. More information and software credits. Feedback