<fmt:message key='jsp.layout.header-default.alt'/>  
 

DSpace@UM >
Faculty of Languages and Linguistics >
Masters Dissertations : Linguistics >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/1812/442

Title: Unsur-unsur Kata Adjektif dalam Bahasa Sepanyol: SEPANYOL : Satu Perspektif Leksikologi
Authors: Mariyati Haji Mohd Nor
Keywords: Spanish Adjectives
Lexicology
Maribel y la extraña familia
Issue Date: Jun-2008
Publisher: Faculty of Languages and Linguistics University of Malaya Kuala Lumpur
Abstract: The main objective of the study is to examine the characteristics of Spanish adjectives as well as to investigate the formation of these grammatical items from the perspective of lexicology. Spanish adjectives were chosen as they are one of the important word classes in the teaching and learning of Spanish. In addition, the difficulties that students frequently face in matching adjectives with nouns based on gender and numbers is another reason that the researcher focuses on this area of study. Hence, this study ultimately endeavours to highlight the characteristics and structure of Spanish adjectives. Besides that, the semantic relationships between the synonym and antonym of adjectives are also emphasised in this study. The study also investigates the formation of words through the processes of inflection and derivation as well as the fixed and unfixed forms of Spanish adjectives. To fulfill the objectives of the study, the adjectives found in a Spanish novel, “Maribel y la extraña familia” written by Miguel Mihura were studied. The results of the study show that in Spanish, gender and numbers play significant roles in the construction of sentences. On the contrary, there are words that do not fall in any gender category. The study also establishes that agreement in gender and number between adjectives and nouns should be accurate and requires thorough understanding. This is crucial as Spanish adjectives do not have a fixed position in the sentence structure. The position of the adjective that is before or after the noun, depends on the sentence and the intended meaning. In addition, the study also found that regular and irregular forms of Spanish adjectives do exist.
Tumpuan utama pengkaji adalah untuk melihat ciri-ciri kata adjektif bahasa Sepanyol dan pembentukannya dari segi perspektif leksikologi. Kata adjektif dipilih kerana ia merupakan salah satu kelas kata yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Sepanyol. Masalah untuk menyesuaikan kata adjektif dengan kata nama berdasarkan genus dan bilangan serta tidak dapat memahami dengan baik penggunaan kata ini dalam ayat sering dihadapi oleh pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa Sepanyol. Justeru itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan menjelaskan ciri-ciri dan struktur kata adjektif bahasa Sepanyol, perhubungan makna yang wujud di antara katakata adjektif dari segi sinonim dan antonim, dan melihat bagaimana proses-proses pembentukannya dari segi infleksi dan derivasi serta bentuk-bentuk teratur dan tidak teratur yang ada pada struktur kata adjektif bahasa Sepanyol. Untuk memenuhi objektif di atas, pengkaji telah membuat satu kajian mengenai kata adjektif bahasa Sepanyol yang terdapat di dalam sebuah novel iaitu “ Maribel y la extraña familia” hasil karya Miguel Mihura sebagai sumber utama penganalisisan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam bahasa Sepanyol aspek genus dan bilangan memainkan peranan penting dalam pembentukan ayat bahasa Sepanyol. Walaubagaimanapun terdapat sebahagian kata yang tidak mempunyai unsure genus ini. Pemadanan kata adjektif bahasa Sepanyol dari segi genus dan bilangan kata nama haruslah tepat dan difahami dengan baik. Ini penting kerana kedudukan kata adjektif di dalam ayat boleh berubah samada sebelum atau selepas kata nama bergantung kepada ayat yang diujarkan dan maksud yang hendak disampaikan. Hasil kajian juga mendapati bahawa wujud bentuk-bentuk teratur dan tidak teratur dalam struktur adjektif bahasa Sepanyol.
Description: Disertasi diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden
URI: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/442
Appears in Collections:Masters Dissertations : Linguistics

Files in This Item:

File Description SizeFormat
Mariyati Mohd Nor_Thesis.pdf490.55 kBAdobe PDFView/Open


This item is protected by original copyright



Your Tags:

 

  © Copyright 2008 DSpace Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya . All Rights Reserved.
DSpace@UM is powered by MIT - Hawlett-Packard. More information and software credits. Feedback