<fmt:message key='jsp.layout.header-default.alt'/>  
 

DSpace@UM >
Faculty of Computer Science and Information Technology >
Masters Dissertations: Library & Information Science >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/1812/637

Title: Analysis koleksi sains dan teknologi pusat sumber sekolah: SATU kajian di empat buah sekolah menengah di negeri Selangor
Authors: Nik Asma Nik Ahmad
Keywords: Collection development
School libraries
Science and technology collection
Issue Date: 1998
Publisher: University of Malaya
Abstract: Kajian ini dijalankan untuk mengetahui aspek kuantiti dan usia koleksi sains dan teknologi di Pusat Sumber Sekolah (PSS) menengah di negeri Selangor. Selain daripada itu, kajian ini juga dapat menunjukkan penggunaan koleksi sains dan teknologi oleh pelajar dan guru sekolah tersebut. Kajian dijalankan ke atas empat buah PSS menengah di negeri Selangor. Sampel terdiri daripada dua kategori iaitu bandar dan luar bandar. Bagi setiap kategori, sebuah sekolah gred A dan sebuah sekolah gred B telah dipilih. Kajian mendapati koleksi sains dan teknologi yang terdapat di PSS menengah yang dikaji kebanyakannya diterbitkan dalam tahun 1989 dan sebelumnya iaitu sebanyak 54.2%. Buku yang diterbitkan dalam tahun 1997 hanyalah sebanyak 1.1% sahaja daripada keseluruhan koleksi buku sains dan teknologi. Sementara itu bagi bahan bukan buku pula, tidak ada bahan yang diterbitkan selepas tahun 1993. Dan i segi usia koleksi, didapati lapan daripada tiga belas bidang subjek yang dikaji mempunyai peratus yang tinggi bagi buku yang diterbitkan sebelum tahun 1989. Ini menunjukkan majoriti buku yang terdapat di PSS menengah merupakan buku-buku yang telah berusia lebih daripada sembilan tahun. Kebanyakan koleksi sains dan teknologi yang dikaji dikategorikan sebagai koleksi yang boleh dipinjam. Koleksi tersebut juga kebanyakannya diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Kajian mendapati guru lebih banyak meminjam buku berbanding dengan bahan bukan buku. Pelajar di semua PSS menengah yang dikaji hanya dibenarkan meminjam buku sahaja. Buku yang paling banyak dibaca dan digunakan oleh guru dan pelajar dalam tempoh seminggu ialah buku Matematik. Kebanyakan guru dan pelajar juga berpendapat bahawa koleksi buku sains dan teknologi yang terdapat di PSS menengah mereka adalah tidak mencukupi.
Description: Dissertation (M.L.I.S.) -- Faculty of Computer Science & Information Technology, University Malaya, 1998.
URI: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/637
Appears in Collections:Masters Dissertations: Library & Information Science

Files in This Item:

File Description SizeFormat
Abstract.pdfAbstract38.83 kBAdobe PDFView/Open
Chapter-1.pdfChapter-1145.96 kBAdobe PDFView/Open


This item is protected by original copyright



Your Tags:

 

  © Copyright 2008 DSpace Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya . All Rights Reserved.
DSpace@UM is powered by MIT - Hawlett-Packard. More information and software credits. Feedback