|
DSpace@UM >
Faculty of Computer Science and Information Technology >
Masters Dissertations: Library & Information Science >
Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/1812/642
|
|
| Title: | Sejarah pusat sumber sekolah di semenanjung Malaysia 1800-1995 |
| Authors: | Abd. Rehim Abd. Rehman |
| Keywords: | Pperpustakaan sekolah Semenanjung Malaysia |
| Issue Date: | 1998 |
| Publisher: | University Malaya |
| Abstract: | Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji tentang sejarah perkembangan
perpustakaan sekolah di Semenanjung Malaysia dari 1800-1990-an. Ini termasuldah
zaman sebelum perang, selepas perang, zaman Inggeris, zaman sebelum merdeka dan
selepas merdeka. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat apakah falctor-falctor
seperti politik, ekonomi dan sosial telah mempengaruhi perkembangan perpustakaan
sekolah. Kedua, apakah sumbangan perpustakaan sekolah dalam dunia pendidikan.
Ketiga, apakah peranan yang dapat dimainkan oleh perpustakaan sekolah dalam
membantu guru dan pelajar di dalam proses pembelajaran-pengajaran. Kajian ini juga
meninjau tentang masalah-masalah perpustakaan sekolah dari segi peranan, konsep,
pengurusan dan sebagainya.
Dalam tatacara mengumpul maklumat dan data, dua kaedah utama digunakan
iaitu dengan 'survey' dan temubual. Penyemakan di beberapa buah perpustakaan
dijalankan bagi menambah data-data juga sebagai bahan rujukan utama. Temubual
dengan responden digunakan sebagai kenyataan sokongan tentang perpustakaan sekolah.
Untuk mendapat pandangan yang lebih jelas tentang keadaan perpustakaan sekolah,
beberapa lawatan ke perpustakaan sekolah telah dilakukan di bandar dan luar bandar.
Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa memang falctor politik, ekonomi dan
sosial telah mempengaruhi perkembangan perpustakaan sekolah. Kedua, sikap penjajah
Inggeris nyata jelas tidak mahu menyediakan kemudahan pendidikan dan bangunan
perpustakaan sekolah. Ketiga, didapati keadaan perpustakaan sekolah di bandar lebih
baik berbanding dengan di luar bandar terutama dari aspek pengurusan dan perkhidmatan. Keempat, perpustakaan sekolah memang penting sebagai bahan rujukan
clan sokongan kepada guru dan pelajar dan akhir sekali peranan perpustakaan sekolah
masih tidak begitu memuaskan kerma masih ramai masyarakat sekolah sendiri tidak
memahami tujuan dan matlamat penubuhan perpustakaan sekolah. |
| Description: | Dissertation (M.L.I.S.) -- Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 1998. |
| URI: | http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/642 |
| Appears in Collections: | Masters Dissertations: Library & Information Science
|
This item is protected by original copyright
|
|