<fmt:message key='jsp.layout.header-default.alt'/>  
 

DSpace@UM >
Faculty of Computer Science and Information Technology >
Masters Dissertations: Library & Information Science >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/1812/647

Title: Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal perubatan di hukm
Authors: Mohd abdul Hafiz Md. Radzi
Keywords: Keperluan
Issue Date: 2001
Publisher: University of Malaya
Abstract: Keperluan dan tabiat pencarian maklumat di kalangan pengamal perubatan merujuk apa dan bagaimana pengamal perubatan mencari maklumat yang diperlukan untuk tugasan dan penyelidikan mereka. Kajian dilakukan bagi mengetahui jenis-jenis maklumat yang diperlukan, sumber dapatan maklumat dan keberkesanan penggunaan maklumat serta masalah yang dihadapi ketika mereka memerlukan maklumat. Penyelidikan ini melibatkan populasi pengamal perubatan yang berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sahaja. Kaedah soalselidik telah digunakan bagi mendapatkan maklumbalas daripada responden. Hasil penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan sebanyak 85.9% responden didapati tidak mempunyai skil pencarian maklumat atau penggunaan perpustakaan walaupun mereka ini mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan aktif di dalam menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat untuk tujuan pembacaan serta melakukan tugasan berkaitan dengan bidang perubatan. Hanya 19 responden sahaja yang menyatakan mereka pernah menghadiri kursus atau bengkel skil pencarian maklumat atau penggunaan perpustakaan. Sumber maklumat utama bagi responden ini adalah maklumat dari bahan penulisan, diikuti oleh maklumat dari sistem dan teknologi maklumat, organisasi dan manusia. Maklumat daripada jurnal, pangkalan data atas talian, perpustakaan dan kawan-kawan didapati sebagai antara maklumat yang sangat berguna dan berkesan kepada pengamal perubatan dalam membantu mereka menjalankan tugas dan penyelidikan. Cadangan juga telah dikemukakan bagi membolehkan pihak Perpustakaan HUKM mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna. Program kemahiran maklumat dan penggunaan perpustakaan mesti dilaksanakan oleh pihak perpustakaan bagi membantu pengamal perubatan menjalankan kerja pencarian maklumat dengan lebih berkesan terutama bagi memenuhi keperluan dan tabiat pencarian maklumat di kalangan pengamal perubatan.
Description: Dissertation (M.L.I.S.) -- Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001.
URI: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/647
Appears in Collections:Masters Dissertations: Library & Information Science

Files in This Item:

File Description SizeFormat
Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal perubatan di hukm.pdfAbstract, Table Contents & Chapter 1538.26 kBAdobe PDFView/Open


This item is protected by original copyright



Your Tags:

 

  © Copyright 2008 DSpace Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya . All Rights Reserved.
DSpace@UM is powered by MIT - Hawlett-Packard. More information and software credits. Feedback