|
|
DSpace@UM >
Faculty of Computer Science and Information Technology >
Masters Dissertations: Library & Information Science >
Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/1812/656
|
|
| Title: | Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber sekolah : tumpuan kepada menengah Harian di Negeri Selangor |
| Authors: | Siti Hadijah Bt. Alwi |
| Keywords: | Pusat sumber sekolah Selangor |
| Issue Date: | 2002 |
| Publisher: | University of Malaya |
| Abstract: | Desertasi ini yang bertajuk Peranan Pengetzta Dalam Membangunkan Pusat Sum ber
Sekolah (Tumpuan Kepada Sekolah Menengah Harian Di Negeri Selangor) lebih
menitikberatkan dan mengenalpasti mengenai peranan atau fungsi seseorang pengetua
khususnya di sekolah-sekolah menengah harian di Negeri Selangor yang mempunyai
pertalian langsung dalam membangunkan pusat sumber sekolah (PSS). Di sampingmya,
wujud satu pertalian langsung di antara kadar atau kekerapan tindakan pengetua dengan
maju-mundurnya sesebuah PSS.
Kajian ini yang telah dijalankan ke atas 15 buah sekolah yang melibatkan seramai 15
orang pengetua yang menjadi responden dan 15 buah PSS di sekolah tersebut dikaji
melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang telah diperolehi melalui kaedah
temuramah dan soal selidik. Ini melibatkan 15 buah sekolah menengah yang telah
dipersetujui bersama oleh pihak Pusat Sumber Negeri (PSPN) Selangor yang terdapat di
daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Kiang, Hulu Langat,
Kuala Langat dan Gombak.
Hasil kajian secara keseluruhan, dapat mengenalpasti peranan atau fungsi seseorang
pengetua dalam membangunkan PSS mengikut perubahan semasa. Begitu juga ia dapat
menggambarkan setakat mana seseorang pengetua itu sedar akan pengetahuan, kebolehan
dan kemampuan untuk bertanggungjawab dalam membangunkan PSS.
Sehubungan itu, perkara-perkara yang mempengaruhi keupayaan pengetua adalah
berkaitan dengan pengalaman, pengetahuan, sikap kesungguhan dan bijaksana dalam
menentukan pembangunan PSS. Kajian menunjukkan peranan pengetua dalam
membangunkan PSS adalah melibatkan perkara-perkara seperti membuat keputusan,
memberi arahan, memimpin, menyelia, memantau, menyokong dan menjadi tempat
merujuk. Bagi PSS yang cemerlang masih bergantung kepada penerusan tugas-tugas di
atas.
Melihat kepentingan kajian ini, ia mengkaji peranan pengetua dalam membangunkan
PSS. Begitu juga diharapkan kajian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan
Malaysia khususnya Bahagian Telcnologi Pendidikan (BTP) dalam mengkaji dan melihat
pentingnya peranan pengetua dalam membangunkan PSS. Yang lebih bermakna ialah
memberi kesedaran bahawa pengetua harus membangunkan PSS yang sebahagian
besarnya akan memberi sumbangan kepada program dan aktiviti kurikulum dan
akademik, seterusnya kepada prestasi sekolah. |
| Description: | Dissertation (M.L.I.S.) -- Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002. |
| URI: | http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/656 |
| Appears in Collections: | Masters Dissertations: Library & Information Science
|
This item is protected by original copyright
|
|