<fmt:message key='jsp.layout.header-default.alt'/>  
 

DSpace@UM >
Faculty of Computer Science and Information Technology >
Masters Dissertations: Library & Information Science >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/1812/669

Title: Kajian Penggunaan Internet di kalangan pegawai ikhtisas delam perkhidmatan gunasama perpustakaan, di bawah pengawasan perpustakaan negara Malaysia
Authors: Hasnita Ibrahim
Issue Date: 1999
Publisher: University of Malaya
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi mengenai pengaksesan Internet dan penglibatan penggunaan Internet dalam tugas di kalangan pegawai ikhtisas dalam Perkhidmatan Gunasama Perpustakaan, di bawah pengawasan Perpustakaan Negara Malaysia. Seramai 62(96.9%) pegawai ikhtisas daripada 48 buah perpustakaan telah bertindakbalas terhadap soal selidik tersebut. Terdapat sebanyak 10 objektif dan 13 soalan penyelidikan telah dibentuk. Data telah dianalisa menggunakan perisian SPSS. Penemuan mendapati bahawa 91.94% daripada pegawai ikhtisas boleh mengakses Internet dan masih terdapat 8.06% tidak boleh mengakses Internet di perpustakaan mereka. Kesemua 57 responden yang boleh mengakses Internet di perpustakaan mereka, melibatkan penggunaan Internet dalam tugas. Dan i segi kekerapannya, penggunaan Internet sebagai hanya sebahagian daripada tugas adalah sangat tinggi berbanding dengan sebagai sepenuh masa dan jarang menggunakan Internet. Internet paling membantu dalam menjawab soalan rujukan , diikuti dengan penyebaran maklumat terkini, mengkatalog dan mengkelas bahan , kesedaran semasa, pembangunan koleksi, perolehan, pinjaman di antara perpustakaan, kesedaran semasa dan orientasi perpustakaan. Penglibatan Internet dengan tugas masih tidak memuaskan kerana purata tertinggi hanyalah 2.9649 (purata penuh adalah 5). Penemuan mendapati kekerapan penggunaan bagi mel elektronik adalah yang paling tinggi, diikuti dengan penggunaan WWW, Telnet, FTP dan kumpulan perbincangan. Penggunaan aplikasi asas juga tidak memuaskan dengan purata tertinggi ialah 3.1228. Diantara masalah yang dikenalpasti ialah masalah dengan masa pencarian, masalah talian susah atau lambat untuk disambung , masalah 'server' selalu 'down' , masalah teknikal dan masalah kurang kemahiran membuat pencarian. Pegawai ikhtisas merasakan latihan yang diterima sangat tidak mencukupi. Secara keseluruhan, Internet masih belum digunakan secara maksimum oleh pegawai ikhtisas.
Description: Dissertation (M.L.I.S.) -- Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 1999
URI: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/669
Appears in Collections:Masters Dissertations: Library & Information Science

Files in This Item:

File Description SizeFormat
Kajian Penggunaan Internet di kalangan pega wai ikhtisas delam perkhidmatan gunasama perpustakan, di ba wah penga wasan perpustakan negara Malaysia.RTFAbstract, Table of Content & Chapter 1126.13 kBRTFView/Open


This item is protected by original copyright



Your Tags:

 

  © Copyright 2008 DSpace Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya . All Rights Reserved.
DSpace@UM is powered by MIT - Hawlett-Packard. More information and software credits. Feedback