<fmt:message key='jsp.layout.header-default.alt'/>  
 

DSpace@UM >
Faculty of Computer Science and Information Technology >
Masters Dissertations: Library & Information Science >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/1812/670

Title: Keberkesanan Penggunaan perpustakaan desa di Sabah
Authors: Fatimah Abdillah
Keywords: Sabah
Perpustakaan
Rural libraries
Issue Date: 1999
Publisher: University of Malaya
Abstract: Perpustakaan desa di Sabah telah menunjukkan perkembangan yang memuaskan sejak pembukaan perpustakaan desa yang pertama pada tahun 1986. Sehingga kini, negeri Sabah mendahului negeri-negeri lain di Malaysia dengan jumlah perpustakaan desa yang ditubuhkan iaitu sebanyak 34 buah. Keperluan menubuhkan perpustakaan desa ini lahir dari kesedaran untuk membasmi buta lauruf di kalangan penduduk luar bandar dan menanam minat membaca di kalangan mereka. Kajian telah dijalankan di 5 buah perpustakaan desa yang mewakili setiap bahagian negeri Sabah. Sebanyak 50 borang soal selidik telah diedarkan. Sejumlah 88% daripada responden dapat mencari bahan yang mereka inginkan di perpustakaan. Kekerapan pinjaman buku juga adalah tinggi dengan 80% responden adalah peminjam buku yang aktif. Aktiviti pinjaman buku, mendapatkan maklumat rujukan dan membaca majalah dan surat khabar adalah antara faktor yang menggalakkan orang ramai datang ke perpustakaan. Golongan pelajar dan kanak-kanak adalah kumpulan yang sering mengunjungi perpustakaan desa. Ia memberi peluang kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman untuk sama-sama merasa faeclah yang boleh diperolehi daripada perkhidmatan perpustakaan. Ianya juga telah berjaya dalam usaha menggalakkan minat membaca di kalangan penduduk luar bandar. Antara cadangan yang dikemukakan adalah mengadakan pertandingan membaca dan bercerita untuk kanak-kanak; dan juga memanjangkan masa pembukaan perpustakaan. Cadangan-cadangan yang diajukan menunjukkan keprihatinan penduduk luar bandar terhadap meningkatkan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan untuk mereka. Sambutan yang diberikan oleh penduduk tempatan terhadap perpustakaan desa telah dapat menunjukkan perkembangan minat membaca yang semakin tinggi di kalangan mereka.
Description: Dissertation (M.L.I.S.) -- Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 1999
URI: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/670
Appears in Collections:Masters Dissertations: Library & Information Science

Files in This Item:

File Description SizeFormat
Keberkesanan penggunaan perpustakaan desa di Sabah.RTFAbstract, Table of Content & Chapter 11.19 MBRTFView/Open


This item is protected by original copyright



Your Tags:

 

  © Copyright 2008 DSpace Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya . All Rights Reserved.
DSpace@UM is powered by MIT - Hawlett-Packard. More information and software credits. Feedback