<fmt:message key='jsp.layout.header-default.alt'/>  
 

DSpace@UM >
Faculty of Computer Science and Information Technology >
Masters Dissertations: Library & Information Science >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/1812/674

Title: Persepsi guru-guru di deareh petaling Selangor Darul Ehsan terhadap keberkesanan pusat kegiatan guru
Authors: Cheeah Halimah Abd. Talib
Keywords: Selangor
Darul Ehsan
Issue Date: 1999
Publisher: University of Malaya
Abstract: Peranan guru adalah penting dalam membantu meningkatkan mutu pendidikan negara. Guru yang cintakan ilmu pengetahuan dan kreatif dalam pengajaran, dapat menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan kepada pelajar-pelajar. Oleh itu Pusat Kegiatan Guru (PKG) berperanan untuk membentuk guru-guru yang sedemikian serta membantu mereka menyelesaikan permasalahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun masih banyak guru yang tidak menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di PKG. Kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru-guru di Daerah Petaling terhadap perkhidmatan, kemudahan dan peranan serta fungsi PKG, Puchong, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini merangkumi persoalan terhadap kekerapan penggunaan PKG di kalangan guru-guru, mengenal pasti halangan-halangan utama terhadap penggunaannya dan meninjau pendapat guru-guru terhadap peranan dan fungsi PKG serta cara-cara meningkatkan keberkesanannya. Responden kajian ini terdiri daripada 204 orang guru yang menjadi ahli PKG Puchong dan yang pernah hadir ke PKG untuk mengikut sebarang aktiviti anjuran PKG. Responden ini merangkumi 28 buah sekolah, iaitu enam buah sekolah menengah, sembilan buah sekolah kebangsaan, 6 buah sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina) dan 7 buah sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil) yang diletakkan di bawah perkhidmatan PKG Puchong, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Kaedah penyelidikan deskriptif menggunakan soal selidik skala Likert telah digunakan dalam kajian mi. Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for Windows 7.5 dan juga sedikit manual. Melalui kajian ini, didapati kebanyakan responden mempunyai persepsi yang negatif terhadap PKG. Terdapat beberapa halangan utama dalam penggunaan PKG telah dapat dikenalpasti melalui kajian mi. Halangan tersebut ialah PKG tidak membawa apa-apa inovasi dalam pendidikan, mereka masih kurang yakin dengan kebaikan PKG, suasana PKG yang tidak menarik, maklumat mengenai PKG yang jarang disebarkan, tiada terdapat katalog yang mudah dan kemaskini dan guru-guru tidak biasa dengan perkhidmatan dan kernudahan di PKG dan lokasi PKG yang tidak sesuai. Persepsi guru yang positif penting bagi menambah minat dan keyakinan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan daerah terhadap peranan dan fungsi PKG. Oleh itu usaha perlu dilakukan agar PKG dalam benar-benar memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.
Description: Dissertation (M.L.I.S.) -- Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 1999
URI: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/674
Appears in Collections:Masters Dissertations: Library & Information Science

Files in This Item:

File Description SizeFormat
Persepsi guru-guru di deareh petaling Selangor Darul Ehsan terhadap keberkesanan pusat kegiatan guru.RTFAbstract, Table of Content & Chapter 11.09 MBRTFView/Open


This item is protected by original copyright



Your Tags:

 

  © Copyright 2008 DSpace Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya . All Rights Reserved.
DSpace@UM is powered by MIT - Hawlett-Packard. More information and software credits. Feedback