<fmt:message key='jsp.layout.header-default.alt'/>  
 

DSpace@UM >
Faculty of Computer Science and Information Technology >
Masters Dissertations: Library & Information Science >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/1812/678

Title: Peranan pusat sumber sekolah (PSS) salam mempromosikan gerakan tabiat membaca di ba wah program nilam
Authors: Padlon Abdul Rahman
Keywords: Pusat sumber sekolah
PSS
NILAM
Issue Date: 2004
Publisher: University of Malaya
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti peranan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam usaha mempromosikan gerakan tabiat membaca di bawah Program NILAM. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang minat para pelajar terhadap aktiviti membaca serta melihat reaksi dan komitmen warga sekolah yang lain tentang program tersebut. Kajian telah dijalankan di lima buah sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Subjek kajian yang dipilih adalah seramai 300 orang pelajar dan 20 orang guru. Para guru yang dipilih adalah terdiri daripada sekelompok individu yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan program NILAM mi. Instrumen kajian adalah menggunakan borang soalselidik dan soalan temubual. Hasil kajian mendapati, sampel yang terdiri daripada pelajar dan guru masih lagi menaruh kepercayaan terhadap peranan PSS sebagai tempat paling sesuai untuk membaca di sekolah-sekolah. Di samping itu, sejumlah 87% (261) pelajar menyatakan mereka pernah mendapat maklumat tentang Program NILAM. Malahan kebanyakan maklumat adalah diperolehi daripada guru PSS sendiri. Namun daripada jumlah tersebut hanya 68.2% (205) pelajar sahaja yang berminat menyertai program in Secara keseluruhannya, walaupun tidak semua warga sekolah berminat terhadap program ini, namun mereka mengakui bahawa program NILAM ini mampu menyemai minat dan mendorong para pelajar untuk membaca sekiranya dilaksanakan dengan lebih bersungguh-sungguh. Justeru, kepentingan PSS sebagai pusat memupuk minat membaca dengan mempromosikan Program NILAM memang berasas.
Description: Dissertation (M.L.I.S.) -- Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2004.
URI: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/678
Appears in Collections:Masters Dissertations: Library & Information Science

Files in This Item:

File Description SizeFormat
Peranan pusat sumber sekolah _PSS_ salam.pdfAbstract, Table Contents & Chapter 1187.6 kBAdobe PDFView/Open


This item is protected by original copyright



Their Tags: peranan pusat sumber sekolah;

Your Tags:

 

  © Copyright 2008 DSpace Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya . All Rights Reserved.
DSpace@UM is powered by MIT - Hawlett-Packard. More information and software credits. Feedback