|
DSpace@UM >
Faculty of Business and Accountancy >
Masters Dissertations : MBA >
Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/1812/769
|
| Title: | Kajian persepsi, kesedaran dan kepuasan orang ramai terhadap program hari khas jpa bersama pelanggan anjuran jabatan perkhidmatan awam Malaysia |
| Authors: | Aslina Binti Arshad |
| Keywords: | Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Kajian persepsi |
| Issue Date: | 2008 |
| Publisher: | University of Malaya |
| Abstract: | Penyelidikan ini bertujuan mengetahui persepsi, kesedaran dan kepuasan orang
ramai bagi mengukur keberkesanan Program Hari Khas JPA Bersama Pelanggan anjuran
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) yang diadakan pada setiap bulan bagi
menyediakan khidmat nasihat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang
awam berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh JPA. Ia juga menguji
aspek persepsi, kesedaran dan kepuasan orang ramai bagi mengukur keberkesanan dan
objektif program yang dijalankan oleh JPA tercapai dan berjaya. Kajian ini telah
dilaksanakan di Jabatan Perkhidmatan Awam, Blok E2, Parcel C Putrajaya pada Program
Hari Khas JPA Bersama Pelanggan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan
kepada 100 responden ketika program diadakan. Hasil daripada kajian yang dijalankan
mendapati secara keseluruhannya tahap keberkesanan Program Hari Khas JPA Bersama
Pelanggan ini berada pada tahap yang tinggi yang mana disokong oleh dapatan kajian
yang mendapati bahawa tahap persepsi, kesedaran dan kepuasan pelanggan berada pada
tahap sederhana. Merujuk kepada faktor demografi pula didapati majoriti pelanggan yang
menghadiri program ini ialah kakitangan yang sedang berkhidmat, pelanggan perempuan
yang telah berkahwin, dan berkelulusan SPM/STPM. Selain daripada itu, pelanggan
program dimonopoli oleh penjawat sektor awam kumpulan sokongan yang telah
berkhidmat selama 21 hingga 35 tahun dan berbangsa Melayu. Program Hari Khas JPA
Bersama Pelanggan boleh dikatakan telah berjaya mencapai objektif kumpulan sasaran.
Antara cadangan-cadangan yang boleh diketengahkan oleh pihak pengurusan JPA bagi
menambahbaik program ini ialah dengan menjalankan penyelidikan, pendidikan, publisiti
atau promosi dan pelaksanaan yang lebih teratur dan lebih mendalam bagi
menambahbaik perkhidmatan sediaada agar dapat mencapai hasrat kerajaan agar sektor
awam mencapai status cemerlang, gemilang dan terbilang. |
| Description: | Dissertation (MBA) Faculty of Business and Accountancy, University of Malaya, 2008. |
| URI: | http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/769 |
| Appears in Collections: | Masters Dissertations : MBA
|
This item is protected by original copyright
|
|